Macam Mana CRM Boleh Bantu Bisnes Kecil?

04-03-2022 04:54 PM Comment(s) By Marsya

Macam Mana CRM Boleh Bantu Bisnes Kecil?

Kebanyakan bisnes kecil masih kurang peka dengan kebaikan kegunaan sistem customer relationship management (CRM) untuk bisnes mereka. Tak kisah lah apa pun yang mereka niagakan, sama ada produk atau servis, sistem CRM boleh bagi impak yang besar pada bisnes.

Jom kita tengok satu-satu!

1. Menggantikan excel/ spreadsheets
Tahu tak kajian terhadap bisnes kecil telah membuktikan yang rata-rata pekerja mengambil masa lebih kurang 31 ke 60 minit untuk membuat kerja-kerja "data entry" atau "manual tasks". 


Sumber: Outbound Engine Website

Yang sepatutnya boleh "automate" untuk cepatkan lagi kerja. Bayangkan 31 ke 60 minit punya kerja tu boleh disiapkan dalam 5 ke 10 minit. Pekerja boleh fokus pada kerja yang lebih memerlukan perhatian. Tak perlu membazir masa pada "data entry" atau "manual tasks" semata-mata. 

Seterusnya, kalau guna spreadsheets ni anda boleh jamin ke data yang dimasukkan betul dan tepat? Dengan sistem CRM, kesalahan dapat dikesan dan siapa-siapa yang membuat penambahan atau pembetulan pada data yang ada, semuanya direkod untuk mengelakkan kecelaruan data. 

Data juga akan dikemaskini secara automatik untuk memudahkan pekerja lain untuk berkolabrasi. Secara tak langsung sistem CRM ini boleh menambahkan lagi produktiviti pekerja. 

2. Menambah baik lagi "customer experience"
Semua bisnes tahu kan pelanggan ni tunjang utama untung rugi bisnes. Jadi kena lah jaga pelanggan dengan baik. Dengan ada sistem CRM, data mengenai pelanggan akan disimpan dan boleh digunakan untuk tujuan "marketing" dan sebagainya. 

Contohnya email hari jadi yang diberikan pada setiap pelanggan tiap tahun-- itu adalah dari sistem CRM. Disebalik ucapan hari jadi, promosi tentang servis atau produk juga boleh diselitkan. Macam itu lah cara untuk menarik pelanggan! Pelanggan suka pada penghargaan dari bisnes yang mereka sokong. Percaya atau tidak, itu antara sebab mereka akan terus menyokong bisnes tersebut. 



Bukan itu sahaja, sistem CRM juga boleh mengenalpasti sejarah pembelian, ketidakpuashati dan respon pelanggan terhadap produk atau servis bisnes anda. Dengan data yang anda ada, anda boleh mengatur strategi baru atau membaiki kekurangan bisnes anda supaya lebih mesra pelanggan. 

Dengan kepelbagaian teknologi sekarang, CRM adalah jalan yang terbaik untuk mengenal pelanggan anda dan menghargai mereka kerana terus menyokong bisnes anda. 

3. Kongsi data bersama pasukan kerja 
Setuju tak kalau saya kata sistem canggih macam mana pun tak kan menjadi kalau tak ada persefahaman dari rakan sekerja. Kawan kerja kata data menunjukkan A, kita kata "ehh bukan, data macam menunjukkan B". Kan dah susah nak bekerjasama. Kalau ada sistem CRM, apa yang anda lihat dalam sistem adalah sama dengan apa yang dilihat oleh rakan sekerja anda. 

Sebab apa? Sebab data yang anda dan kawan kerja anda kemaskini akan dilihat oleh semua yang ada akses pada sistem CRM ini. Jadi, keputusan yang anda dan rakan sekerja anda nak buat perlu berdasarkan data yang telah ada pada sistem CRM. Kalau ada yang tak puas hati, anda dan rakan sekerja anda akan berbalik pada data yang ada-- berbincang dan berbahas berdasarkan data yang ada. Dengan ini keputusan yang anda bincang bersama lebih tepat dan telus. 

Secara tidak langsung sistem CRM dapat membantu bisnes anda dalam merendahkan risiko salah "target market", kecelaruan data dan menambahbaik kecekapan pekerja. 



Ini baru permukaan kebaikan sistem CRM yang kita boleh lihat. Banyak lagi sebenarnya kebaikan kalau kita gunakan semua ciri sistem CRM yang ada dengan penuh. Tidak disangkal lagi sistem CRM adalah sistem yang boleh membantu bisnes kecil agar tampak lebih relevan dan maju. 

Kalau anda ada sebarang pertanyaan mengenai sistem CRM, boleh hubungi kami. Kami akan bantu bisnes anda bergerak lebih maju. 

Bisnes kecil atau besar, semua perlukan CRM.

Klik butang dibawah sekarang!
Saya nak CRM

Marsya

Share -