Selamat tinggal accounting cara lama.. Hello online accounting!

05-08-2022 11:28 AM Comment(s) By Marsya

Selamat tinggal accounting cara lama.. Hello online accounting!

Dalam dunia yang moden ni, apa saja yang tidak "online"? Dalam setiap langkah atau perbuatan kita mesti ada penggunaan digital. Pendek kata, memang sudah sebati dengan gaya hidup masyarakat kita sekarang. 



Bisnes-bisnes pun seharusnya bergerak selari dengan pemodenan masa. Jika bisnes anda masih menggunakan akauntasi cara lama seperti mencatat dan merekod data di kertas dan Excel, sudah tiba masa untuk beralih ke arah digital. Cara itu sudah tidak lagi relevan dengan masa sekarang. 

Apa yang dimaksudkan dengan accounting cara lama?
Maksudnya bisnes itu masih menggunakan kertas untuk membuat kerja-kerja akaun (bookkeeping dan sebagainya). Cara kerja manual boleh dikatakan amat leceh dan terbuka luas kepada kesilapan manusia yang kebarangkaliannya amat tinggi untuk berlaku. 

Disebabkan itu, akauntasi di atas talian atau online accounting adalah lebih relevan dan sangat membantu dalam menjadikan perjalanan bisnes anda lebih mudah dan teratur. Jadi, apa sebenarnya kelebihan akutansi online ni? 

Pantauan Data Real-Time



Setiap transaksi yang berlaku boleh dipantau secara serta-merta apabila integrasi telah dilakukan. Data transaksi semua akan tercatat dan boleh diakses di dalam aplikasi Zoho Books di mana pun anda berada dan pada bila-bila masa sahaja. Ini memudahkan anda untuk mencapai data apabila diperlukan. Yang paling penting, data yang anda lihat adalah data yang tepat dan real-time untuk kesenangan anda. 

Boleh ubah atau kemaskini mengikut keperluan bisnes anda



Salah satu ciri yang menarik adalah anda boleh mengubah atau mengemaskini ketetapan anda mengikut keperluan atau perkembangan semasa bisnes anda. Apa jua industri bisnes anda, Zoho Books pasti boleh memenuhinya.

Anda mahukan design invois anda sendiri? Boleh. Anda mahu tetapkan diskaun kepada pelanggan tertentu sahaja? Tiada masalah. Anda mahu rekodkan bermacam-macam maklumat tambahan? Boleh.. tak kan tak boleh.. Eh?

Sudah semestinya satu hari nanti bisnes anda akan lebih besar dan maju kan? Jangan risau sebab seperti yang saya katakan, Zoho Books boleh dikemaskini sesuai dengan perkembangan bisnes anda. Semuanya jadi lebih mudah apabila semua data disimpan secara digital. Dengan adanya aplikasi yang ada ciri automasi, anda boleh lebih fokus pada solusi dan keperluan lain perniagaan anda.

Ciri reminder dan online payment getaways



Pernah tak berlaku duit keluar masuk di syarikat anda tidak selari dengan data yang anda perolehi? Pelanggan lambat bayar, staff tidak follow-up invois dan sebagainya. Dengan Zoho Books, anda boleh lihat dengan lebih teliti dan siasat apa yang berlaku jika ada berlaku apa-apa kesilapan. 

Ciri reminder dan online payment getaways seperti PAYEX yang ada di dalam Zoho Books boleh mempercepatkan lagi proses pembayaran dan sekaligus memberi kelebihan kepada perniagaan anda. Macam mana tu?                      

Dengan kelebihan automasi Zoho Books yang boleh menetapkan tarikh reminder sebelum, semasa dan selepas untuk urusan sebut harga dan invois, tiada lagi terlepas tarikh pembayaran! Bukan itu saja, ciri reminder tersebut boleh ditetapkan melalui emel dan sms. Wah, sangat teratur kan?

Zoho Books atau sistem akaun atas talian ini rata-rata boleh dihubungkan atau diintegrasi dengan aplikasi lain, contohnya sistem POS anda, dan malahan kedai online anda juga! Sebagai contoh, Zoho Books boleh dihubungkan dengan Shopify dan juga beberapa sistem POS lain yang terkenal.

Kesimpulannya

Accounting cara lama sudah tidak lagi relevan. Kelebihan-kelebihan sistem akaun atas talian ini membuatkan accounting cara lama kelihatan amat ketinggalan di belakang. Untuk berjaya dalam bisnes, persaingan yang sihat amat diperlukan. Antara langkah yang anda boleh ambil untuk bersaing secara sihat dengan pesaing bisnes anda adalah dengan mengambil 10 langkah kehadapan. 

Macam mana tu? Dengan mempraktikkan digitalisasi yang boleh membuatkan perjalanan bisnes anda lebih cepat dan teratur. Sesuai dengan peredaran masa. 

Nak tahu dengan lebih lanjut? Boleh ke YouTube channel kami.  Ada tutorial dan tips, perkembangan-perkembangan terbaru tentang aplikasi-aplikasi Zoho, testimoni dari klien dan macam-macam lagi. Tak ada yang anda cari? Jangan risau.. request je dengan team kami! 

Marsya

Share -