E-Invois Diwajibkan Bagi Semua Perniagaan - LHDN
Pelaksanaan e-invois di Malaysia telah pun bermula dan tentunya ramai peniaga yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang usaha kerajaan untuk mendigitalisasikan pentadbiran cukai dan meningkatkan ketulusan cukai di negara kita ini.
Apa itu E-Invois?
E-Invois merupakan transaksi digital antara PENJUAL dan PEMBELI; menggantikan penggunaan invois yang biasa atau manual yang dipraktikkan dalam transaksi perniagaan.

Siapa yang wajib guna e-invois?
Jawapannya adalah semua pembayar cukai yang menjalankan aktiviti komersial di Malaysia; Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaaan-ke-Kerajaan (B2G). Ini juga merangkumi perniagaan yang melibatkan penyediaan barangan dan perkhidmatan, serta beberapa urus niaga bukan perniagaan antara individu.
Contoh perniagaan/urus niaga terlibat:
- PERSATUAN
- KUMPULAN ORANG
- CAWANGAN
- AMANAH PERNIAGAAN
- KOPERASI
- SYARIKAT
- PERKONGSIAN
- PERKONGSIAN LIABILITI TERHAD (PLT)
- TABUNG AMANAH HARTANAH
- AMANAH HARTANAH
- AMANAH PELABURAN HARTANAH
- PEJAWABAT PERWAKILAN DAN PEJABAT WILAYAH
- BADAN AMANAH
- UNIT AMANAH
Tarikh Pelaksanaan E-Invois
E-Invois akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan pembayar cukai memahami proses dan dapat menyesuaikan diri dengan transasi ini. Garis masa pelaksanaan adalah seperti berikut:
Jenis Pembayar Cukai | Tarikh Pelaksanaan |
Pembayar cukai dengan pendapatan/jualan tahunan melebihi RM100 juta | 1 Ogos 2024 |
Pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM100 juta | 1 Januari 2025 |
Semua pembayar cukai | 1 Julai 2025 |
Ada yang sudah mula menggunakan e-invois? Kalau ada, syabas! Anda merupakan early adopters! Kalau belum, jangan risau. Masih belum terlambat untuk anda explore.
Ada pertanyaan mengenai E-Invois?
Kalau ada sebarang pertanyaan boleh email pihak LHDN di myinvois@hasil.gov.my atau hubungi 03-8682 8000 (Talian Meja Bantuan e-Invois HASiL).