Ringkasan Kes Perniagaan
Tadika Inovasi Mewah menghadapi cabaran utama dalam pengurusan kehadiran guru, pelaporan cuti, dan penggajian yang tidak sistematik. Ketergantungan pada proses manual dan ketidakupayaan menyelaraskan maklumat pekerja menyebabkan kesulitan dalam menjalankan operasi harian.
Untuk menyelesaikan isu-isu ini, Tadika Inovasi Mewah mengusahakan penerapan sistem HRMS (Human Resource Management System) yang komprehensif. Sistem ini merangkumi modul pengurusan kehadiran, cuti, dan penggajian untuk meningkatkan efisiensi dan ketelusan dalam urusan pekerja.
Penggunaan HRMS membantu mengatasi ketidakselarasan dan ketidakberaturan dalam urusan pengurusan cuti dan penggajian. Sistem ini menyediakan pencerahan segera terhadap kehadiran guru, memudahkan proses pengurusan cuti secara dalam talian, dan memastikan penggajian dilaksanakan dengan sistematik. Keseluruhannya, HRMS membawa faedah dalam meningkatkan produktiviti operasi harian, memberikan ketelusan kepada pihak pengurusan, dan merangsang pertumbuhan jangka panjang bagi Tadika Inovasi Mewah.
Tadika Inovasi Mewah merupakan institusi pendidikan awal kanak-kanak yang terkemuka di Ipoh yang komited untuk membina persekitaran pembelajaran yang bertenaga dan memenuhi untuk minda-minda muda. Bermula pada tahun 2011, tadika Inovasi Mewah telah menjadi mercu tanda, menunjukkan komitmen dalam menyampaikan pendidikan yang unggul dan penjagaan yang baik untuk kanak-kanak prasekolah.
Salah satu pencapaian mereka ialah mereka terpilih untuk menyertai program Ekuinas Iltizam Catalyst di mana program ini bertujuan menyokong perniagaan mikro dan kecil Bumiputera. Program ini telah memberi mereka peluang untuk mendapatkan bantuan dan sumber yang berharga. Melalui pelbagai inisiatif, mereka menyasarkan untuk mencatat pertumbuhan dan kemampanan syarikat.
Moto, "Great Start, Grow Smart" merangkumi falsafah, menekankan kepentingan asas yang kukuh pada tahun-tahun awal untuk masa depan yang berjaya, mencerminkan komitmen untuk menyediakan permulaan yang cemerlang untuk pertumbuhan setiap kanak-kanak menjadi individu yang bijak dan berkebolehan.
Puan Mohanita, pengasas tadika Inovasi Mewah memainkan peranan penting dalam membentuk visi dan hala tuju tadika. Dengan banyak pengalaman dalam pendidikan awal kanak-kanak, Puan Mohanita berdedikasi untuk memastikan setiap kanak-kanak menerima pendidikan dan pengalaman terbaik di tadika kami
Cabaran Yang Dihadapi
Sebagai pengasas dan CEO syarikat, selain daripada menjalankan tugas-tugas utama perniagaannya, Pn. Mohanita juga aktif terlibat dalam pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Keterlibatannya dalam aktiviti kemasyarakatan memberikan sumbangan positif kepada komuniti, tetapi pada masa yang sama, menjadikan beliau kurang dapat memberi tumpuan untuk memantau kedatangan guru-guru di tadika.
Bak kesibukannya, Puan Mohanita hanya bergantung kepada pengetua tadika beliau sahaja untuk apa-apa perkembangan terkini dan kebergantungan tunggal ini boleh menyebabkan adanya kehilangan maklumat terperinci berkaitan kedatangan guru-guru yang boleh memberi impak kepada pengurusan keseluruhan syarikat. Oleh itu, strategi yang lebih sistematik dan efisien mungkin diperlukan untuk memastikan ketelusan dan keseluruhan kawalan dalam urusan operasi harian tadika.
Untuk memudahcara pengambilan kedatangan para guru, sistem iKEY telah digunapakai. Walaubagaimanapun, sistem tersebut merupakan sebuah sistem yang khusus untuk para pelajar dan sistem ini tidak merangkumi fungsi kedatangan para guru. Guru-guru direkodkan sebagai pelajar dalam sistem ini dan ini adalah amalan penggunaan sistem yang tidak dinasihatkan.
Sehubungan dengan itu, sistem tersebut juga kekurangan fungsi-fungsi sistem HRMS yang khusus. Ketidakupayaan untuk menguruskan cuti dengan sistematik dan proses penggajian yang tidak teratur telah memberi kesan negatif terhadap pengurusan keseluruhan syarikat. Oleh itu, ada pentingnya untuk mempertimbangkan penggunaan sistem HRMS yang dapat memberikan kecekapan dan keteraturan yang diperlukan untuk memastikan kestabilan dan pertumbuhan syarikat secara keseluruhan.
Untuk menangani isu utama pemantauan manual dan kebergantungan kepada aliran maklumat daripada pengetua tadika sahaja, satu penyelesaian yang efektif adalah dengan menggunakan suatu sistem pengurusan kedatangan yang mampu merekodkan kedatangan secara digital supaya rekod kedatangan guru adalah tepat dan efisien. Selain itu, rekod-rekod ini juga dapat dipantau secara masa nyata melalui peranti mudah alih.
Kelemahan dalam menyelaraskan urusan cuti dan kacau-bilau dalam proses penggajian dapat memberi impak yang merugikan kepada pengurusan keseluruhan syarikat. Untuk mengatasi cabaran ini, kami mengesyorkan satu sistem pengurusan penggajian pekerja yang menepati akta-akta dan peraturan setempat. Sistem ini harus mampu mengira gaji para pekerja dengan tepat dan cepat.Selain itu, sistem ini juga haruslah mampu untuk menjana slip gaji yang boleh diperoleh langsung oleh para pekerja melalui akaun masing-masing.
Zoho People dicadangkan kepada pihak Tadika sebagai penyelesaian yang menyeluruh untuk memastikan setiap isu dapat diatasi dengan cekap melalui sistem HRMS yang komprehensif. Aplikasi ini telah dihubungkan secara terus dengan Payroll Panda, iaitu penyedia khidmat penggajian atas talian untuk memastikan kelancaran proses penggajian. Maklumat slip gaji dapat dipindahkan dengan mudah melalui modul "File" dalam Zoho People, memastikan segala rekod terkini dan mudah diakses.
Terdapat modul 'shif' yang menyimpan maklumat jadual kerja, memastikan setiap guru ditanda dengan shif yang telah ditetapkan. Rekod kedatangan setiap pekerja juga dapat disimpan dalam sistem ini. Tambahan pula, Puan Mohanita dapat meneliti secara terus melalui laman web atau mana-mana peranti mudah alih.
Untuk memastikan keberkesanan proses-proses yang berkaitan, semua maklumat guru termasuk butiran penggajian seperti maklumat akaun bank dan nombor KWSP perlu dimasukkan dalam modul Pekerja. Selain itu, proses kelulusan cuti yang boleh dilakukan dalam bahagian "Kelulusan Cuti" akan memastikan keseluruhan proses permohonan cuti guru berjalan dengan lebih lancar dalam talian dan direkodkan dengan tepat.
Kesemua langkah-langkah yang telah diambil ini secara kolektifnya telah menyumbang kepada ketelusan maklumat, kecepatan proses-proses yang berkaitan, dan penyimpanan rekod yang mampan. Hasil daripada pengurusan yang lebih sistematik ini, banyak masa dan tenaga dapat dijimatkan dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain yang lebih memeberi impak seperti pemikiran strategik dan pengembangan jualan syarikat.
What apps have been deployed
What our client says about our service?
Kami sangat gembira menggunakan aplikasi ini untuk menjalankan perniagaan SME kami
- Tadika Inovasi Mewah