Antara isu yang ingin dikupas adalah dengan menyelesaikan permasalahan mereka tidak mempunyai sistem booking yang cekap. Jadi Aplikasi telah mengsyorkan mereka menggunakanZoho Bookings yang juga diintegrasikan bersama Zoho CRMuntuk memastikan pengguna dapat mengakses dan menguruskan temujanji dengan senang.
Bukan itu sahaja,Zoho Bookings ini juga mampu untuk menetapkan masa dan tarikh yang diinginkan oleh setiap tadika dengan mudah. Ini membolehkan pihak pengurusan tadika dan ibu bapa menjadualkan temujanji mengikut keselesaan dan keperluan masing-masing. Sistem ini juga berupaya untuk menolak sebarang tempahan pada slot masa yang telah ditempah bagi memastikan pengurusan tadika dapat menguruskan jadual temujanji dengan lebih efisien dan mengelakkan sebarang tindihan setiap sesi.
Zoho Bookings juga berupaya untuk mengambil data temujanji dan data tersebut dapat dikongsi terus ke dalam Zoho CRM. Hal ini membolehkan jabatan-jabatan yang tertentu dalam tadika dapat berkongsi maklumat dengan lancar di samping mereka juga dapat memastikan kecekapan operasi dan berkolaborasi dengan baik di antara mereka.
Selain daripada penggunaan Zoho Bookings, pihak Aplikasi juga telah mengintegrasikan Zoho CRM bersama Zoho Cliq dan WhatsAppdimana kesemua sistem ini dapat bergabung untuk memberi notifikasi secara automatik kepada pengguna. Jadi, dengan adanya sistem-sistem ini, maklumat juga dapat diakses dan dikongsi dengan mudah di antara sistem. Ini bagi memastikan kebolehpercayaan dan operasi tadika dapat berjalan dengan lancar.
Integrasi yang cekap dalam Zoho CRM yang dapat menghantar emel secara automatik, seperti pengesahan tempahan atau peringatan untuk pelanggan tentang perubahan atau notis pemberitahuan. Rekod emel yang dihantar dan diterima juga dapat disimpan dengan teratur untuk rujukan mereka pada masa hadapan.
Akhir sekali, pihak Aplikasi juga telah mengimplementasikan Zoho Books sebagai sistem perakaunan yang dimana sistem ini membolehkan penghasilan quotation dan invoice dengan mudah. Ini dapat dikendalikan dengan teliti melalui integrasi dengan Zoho CRM untuk memastikan maklumat pelanggan tepat dan membolehkan pihak pengurusan untuk menyelaraskan aktiviti jualan dengan sejarah pembelian dan interaksi dengan ibubapa serta pelajar itu tepat.