[Case Study] Tranformasi Klinik Dari Zero to Zoho!

27-09-2023 05:21 PM Comment(s) By Zirah

SMA Dental Sdn Bhd

Klinik Pergigian 

Ringkasan Kes Perniagaan 

Sistem Pengurusan SMA Dental menggunakan pelbagai sistem yang terasing antara satu dengan yang lain, di mana rekod transaksi dieksport dan dimasukkan secara manual dari sistem pendaftaran pelanggan ke dalam sistem perakaunan. Hal ini menyebabkan proses pertukaran data tidak cekap dan meningkatkan risiko ketidaktepatan dalam proses tersebut kerana wujudnya campur tangan manusia. Selain itu, data di dalam sistem juga tidak ditadbir dengan baik di mana hal ini menyulitkan penjanaan laporan dan pemantauan aktiviti klinik secara menyeluruh.

Oleh itu, kami mencadangkan sistem-sistem yang digunakan terhubung antara satu sama lain agar pembawaan data lebih cekap dan telus. Sistem yang terhubung juga dapat membantu klinik dalam meningkatkan pengurusan operasi harian mereka, meningkatkan ketepatan data, dan meningkatkan kesetiaan pelanggan. Kami juga mencadangkan satu sistem yang mampu untuk menganalisis data yang diperolehi seterusnya membolehkan mereka melihat maklumat-maklumat yang berguna untuk membantu mereka merangka strategi perniagaan. Hal ini merupakan langkah penting dalam memastikan pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang bagi klinik ini.

Latar Belakang Syarikat

SMA Dental Sdn Bhd adalah salah satu klinik pergigian di Melaka yang sudah beroperasi selama 4 tahun (sejak 2019). Mereka ingin mewujudkan sebuah komuniti di mana pengetahuan tentang kesihatan oral (gigi dan mulut) dapat diperolehi dengan mudah. Mereka menawarkan rawatan yang menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan oral dan mental bagi pesakit-pesakit mereka terjaga. Mereka juga menyelaraskan rawatan dengan bajet pelanggan dan mencadangkan rawatan yang dilakukan secara telus supaya pelanggan merasa yakin sebelum, sewaktu, dan selepas rawatan.

SMA Dental Sdn Bhd ditubuhkan oleh Dr. Yazid yang merupakan seorang doktor pakar khusus dalam pemulihan estetik anterior. Tujuan utama mereka adalah untuk mengintegrasikan perkhidmatan mereka sebagai satu gaya hidup. Mereka mahu pelanggan mereka datang dengan senyuman, yakin, dan bersedia untuk pemeriksaan mereka. Mereka juga mahu pelanggan mendapatkan rawatan pencegahan dan bukannya rawatan reaktif dan simptomatik. Pelanggan boleh merasa tenang dan mampu menjimatkan wang dengan mengelakkan rawatan yang tidak berkesan.

Cabaran Yang Dihadapi

Antara masalah terbesar yang dihadapi oleh mereka adalah pertama sekali, mereka menggunakan pelbagai sistem yang tidak berhubung antara satu dengan yang lain, di mana rekod transaksi dieksport dan dimasukkan secara manual dari sistem pendaftaran pelanggan ke dalam sistem perakaunan. Langkah-langkah yang dilakukan secara manual ini tidak hanya akan memakan masa bahkan meningkatkan risiko kesilapan daripada pekerja itu sendiri. Natijahnya, proses pengumpulan dan pemprosesan data juga menjadi lebih lama dan menyebabkan masa yang ada tidak dapat digunakan untuk kerja-kerja yang lebih bermakna. 

Bukan itu sahaja, data yang diperolehi itu tidak sentiasa dikemaskini secara masa nyata. Hal ini menyebabkan data semasa sukar untuk dilihat kerana ia belum dimasukkan sepenuhnya ke dalam sistem kewangan. Langkah-langkah manual yang diperlukan dalam proses pengurusan data juga bergantung kepada seorang pekerja yang tertentu sahaja. Ini juga memberikan risiko kerana jika terdapat situasi tidak diingini yang mempengaruhi pekerja tersebut, ia boleh merosakkan operasi harian.

Cara Penyelesaian

Bagi menangani masalah tersebut, kami telah mencadangkan agar sistem-sistem yang digunakan dihubungkan antara satu sama lain. Data pembelian dan pelanggan perlu dipindahkan ke sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) dan juga sistem kewangan mereka secara masa nyata dan automatik. Penyambungan ini juga harus menghapuskan sama sekali, atau sekurang-kurangnya meminimakan penglibatan tangan-tangan pekerja dalam proses pemindahan data dari satu sistem ke satu sistem yang lain.

Tambahan lagi, kami telah mencadangkan agar satu alat analisis yang mapan dan mampan digunapakai untuk menukarkan data yang diperoleh ke maklumat yang bermakna. Alat ini harus mempunyai kebolehan untuk memberi visual yang lengkap dan mudah untuk dibaca. Ia juga harus berkebolehan untuk diubah dan ditambah baik dari masa ke masa, sesuai dengan kehendak dan keperluan mereka.

Pelaksanaan Dan Hasil

Isu yang paling penting untuk diselesaikan adalah ketidakhubungan antara sistem. Untuk mengatasi masalah ini,kami telah mencadangkan supaya Zoho CRM dan Zoho Books diintegrasikan dengan sistem klinik yang bernama Doctor Assist agar keberkesanan pengurusan data jualan dan pelanggan dapat diwujudkan. Oleh kerana Doctor Assist tidak mempunyai ciri perakaunan yang lengkap, kami mencadangkan agar Zoho Flow digunakan sebagai pengantara bagi menghubungkan Doctor Assist ke Zoho CRM dan Zoho Books


Ini membolehkan proses pemindahan data berjalan dengan lebih efisien dan tepat. Dengan adanya penyelesaian ini, maka tidak perlu lagi penglibatan mana-mana pekerja dalam proses pemindahan data, seterusnya mengurangkan risiko ketidaktepatan data. Ini juga memudahkan mereka daripada perlu melakukan kerja-kerja manual untuk memasukkan data dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Masa yang terluang dapat digunakan untuk kerja-kerja lain yang lebih memerlukan perhatian.

Untuk meningkatkan pengurusan jualan, mereka juga perlu mendapatkan data seperti demografi pelanggan, trend pembelian, sasaran penjualan, data penjualan produk, penjualan berdasarkan doktor, dan lain-lain. Dengan adanya Zoho CRM dan Zoho Books, mereka boleh mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh tentang perniagaan mereka. 


Dengan ini, mereka dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan berpandukan data yang relevan. Bahkan mereka boleh menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih produktif dalam perniagaan. Selain itu, data yang diperolehi juga sangat berharga untuk merancang usaha pemasaran dan menjalankan strategi pemasaran yang lebih fokus dan khusus dengan membuat segmen yang sesuai berdasarkan maklumat yang mapan.

What apps have been deployed

  • Zoho CRM

  • Zoho Books

  • Zoho Flow

What our client says about our service?

Syarikat saya kini menggunakan Zoho CRM dan Zoho Books untuk tugas harian kami. Saya sangat gembira dengan bagaimana ia telah membantu kakitangan saya dan saya sendiri menjalankan kerja kami dengan lebih efisien pada masa kini. Terima kasih Aplikasi atas sokongan anda!

- SMA Dental Sdn Bhd

Zirah

Zirah

Branding and Marketing Associate Aplikasi
Share -