Macam mana nak buat dan naikkan SEO?

31-01-2024 04:18 PM Comment(s) By Nik

Macam mana nak buat dan naikkan SEO?

Apa itu SEO? Kenapa SEO penting? Macam mana nak buat dan naikkan SEO? Meh kita jawab soalan-soalan ni.

Apa itu SEO?

SEO bermaksud Search Engine Optimization. Biasanya ia dikaitkan dengan website kita dan betapa mudah atau susahnya untuk orang jumpa website kita. Cuba sahaja cari apa-apa dekat Google contohnya, dan tengok berapa jumlah result yang ada. Berpuluh-puluh juta kan? Macam mana Google susun siapa nombor 1, siapa dekat page kedua dan seterusnya? Mesti ada caranya yang tersendiri, bukan? 


Ini contoh kalau kita try cari "Zoho Partner"

zoho partner result

hasil carian pertama: https://www.zoho.com/partners/


Result pertama hingga ketiga semuanya daripada Zoho sendiri, tapi tengok sahaja yang keempat, ada satu website lain (https://www.aplikasi.us)! Ini bermakna SEO website ni dah berjaya menembusi dominasi dengan menaikkan SEO!


Cuba anda pula cari apa-apa yang berkaitan dengan bisnes anda. Contohnya, anda buat bisnes cucian dari rumah ke rumah. Apabila anda cari "cuci rumah", website anda ada di 'top rank' tak? Kalau ya, boleh berhenti baca sekarang! Kalau tidak, mungkin anda perlu untuk baca lebih lanjut!

Kenapa SEO penting?

Macam contoh di atas, kita mahu bisnes "cuci rumah" kita untuk 'top rank' apabila orang lain cari kata kunci tu. Kalau website kita tak ranked dekat page pertama, ada kemungkinan orang takkan jumpa pun website kita! Mengikut satu kajian, hanya 6.6% sahaja orang di dunia ni yang sanggup untuk ke page kedua dan seterusnya, aduh! Jadi, inilah sebab SEO penting, kerana SEO menentukan ranking kita di search engine. Kita mahu berada di tempat teratas. Senang dijumpai, senang dihubungi, dan seterusnya apa lagi, senang dapat money!

  • Senang dijumpai
  • Kos dapat pelanggan yang rendah
  • Lebih jualan = lebih pendapatan!

Macam mana nak naikkan SEO?

Okay, cara yang mudah nak nampak dekat 1st page adalah dengan buat paid ads. Tapi mampukah kita nak belanja beribu-ribu? Kalau tak mampu, maka kita kenalah bergantung kepada cara yang lain. Secara amnya, ni cara-cara untuk naikkan SEO:

  1. Keluarkan konten-konten yang berkualiti dengan acap
  2. Kata kunci carian ada di 'Title Tag' website/ page anda
  3. Backlink ke page anda
  4. Engagement daripada para pengunjung
  5. Kekerapan kemaskini
  6. Mesra handphone!

Keluarkan konten-konten yang berkualiti dengan acap

Google terutamanya, memang sangat suka kalau website tu membantu dan memberi nilai kepada para pengguna. Kalau kita selalu keluarkan konten-konten yang berguna dan berkualiti, dan yang paling penting sekali ramai klik padanya, maka Google memang akan sayang kita!


Jadi, kalau anda kurang bajet untuk buat ads atau marketing, luangkan masa anda untuk tulis artikel dan design poster dan tajuk yang bikin kontroversial/menarik! Inilah lubuk anda untuk dapatkan pelanggan dengan lebih mudah! 


Tapi nak tulis apa?


Tulis topik-topik yang anda ada kepakaran dan pendapat yang kuat. Anda mudah untuk menulis, pada masa yang sama, anda akan dikenali sebagai orang yang berpengaruh dalam satu-satu bidang tersebut.

"Mengikut satu kajian, hanya 6.6% sahaja orang di dunia ni yang sanggup untuk ke page kedua dan seterusnya"

Kata kunci carian ada di 'Title Tag' website/ page anda

Kalau anda nak top rank bila cari "cuci rumah", dalam Title page anda kenalah masukkan juga kata kunci tersebut! Jom kita cuba:

cuci rumah result

Nampak tak? Tiga-tiga yang top rank semua ada kata kunci "cuci rumah" dalam title page. Ini petanda bahawa ianya penting!

Backlink ke page anda

Backlink ni bermaksud link dari website/page lain ke website/page anda, senang sahaja. Lagi banyak link ke website/page anda, lagi Google nampak macam website/page kita ni ramai yang pergi dan boleh dipercayai! Sebab itulah kita kena rajin-rajin post artikel yang kita dah buat di media sosial, dan kalau viral ataupun ramai yang ambil manfaat, boleh jadi artikel anda akan di link-kan dari pelbagai website/page lain!


Sebagai contoh, kami ada pelanggan yang buat pencucian sofa dan katil dari rumah ke rumah: https://abdel.com.my/. Dengan meletakkan website mereka di sini, kami telah menambahkan satu lagi backlink kepada mereka.

"Kita mahu berada di tempat teratas. Senang dijumpai, senang dihubungi, dan seterusnya apa lagi, senang dapat money!"

Engagement daripada para pengunjung

Apabila pengunjung-pengunjung mula komen/isi borang di atau banyak tekan sana sini di page anda, maka aktiviti-aktiviti tersebut dikira sebagai 'engagement'. Google akan ambil kira aktiviti-aktiviti sedemikian sebagai petanda pengunjung suka page anda dan page anda boleh dipercayai.


Ini boleh dicapai dengan adanya artikel-artikel yang menarik perhatian, yang akhirnya membuatkan para pengunjung untuk sentiasa berada di dalam website anda; membaca dan melayari website anda dalam masa yang lama.


Pernah dengar pasal 'bounce rate'? Maksud 'bounce rate' ni adalah kadar pengunjung yang hanya ke page anda tanpa berbuat apa-apa aktiviti (menekan butang, pergi ke page lain, etc) dan terus keluar. Kalau 'bounce rate' tinggi bermaksud ramailah yang tak berikan engagement; dan kalau rendah, maka ramailah yang engage! Pastikan anda kekalkan 'bounce rate' ni di bawah kadar 50%. Lagi rendah, lagilah bagus!

Diambil dari dan dikuasakan oleh https://pagesense.zoho.com

Kekerapan kemaskini

Poin ni hampir sama dengan keluarkan konten-konten yang berkualiti. Kerana, apabila kita selalu mengeluarkan konten baru, website kita dianggap relevan dan acap memberi nilai yang positif kepada para pengunjung. Pastikan apa-apa yang dikemaskini kekal relevan dengan kata kunci dan kemahiran spesifik website anda!

Mesra handphone!

Sekarang ni semua orang ada handphone. Rupanya, kemesraan website/page kita kepada handphone pun memainkan peranan yang penting dalam SEO! Jadi, pastikan website anda dapat dilihat dengan jelas di peranti mudah alih. Macam mana nak check? Tekan sini: https://pagespeed.web.dev/

Kata-kata akhir

Nak buat dan naikkan SEO ni bukan kerja sehari dua, bukan juga sebulan dua! Memang dia kerja yang berterusan. Tapi, kalau anda buat dengan betul, anda akan dapat pulangan yang sangat lumayan. Percayalah, kami dah pun laluinya, dan kami pun mahu anda buat untung berlipat-lipat ganda dengan SEO!


Selamat berjaya!

Nik

Chief of Growth and Delivery Aplikasi

Share -