FAQ ILTIZAM Catalyst by Ekuinas

12-09-2022 12:52 PM Comment(s) By Akmal

FAQ ILTIZAM Catalyst by Ekuinas



1. APA ITU ILTIZAM CATALYST?


- Program ILTIZAM Catalyst merupakan sebuah program di bawah Program Keusahawanan ILTIZAM yang memberi bantuan secara langsung melalui penasihat teknikal yang berkelayakan untuk memantapkan perniagaan anda dan menjadikan anda usahawan yang lebih berdaya maju dan lestari.

 

2. SIAPAKAH LAYAK UNTUK MENYERTAI?


- Program ILTIZAM Catalyst terbuka untuk semua perniagaan Bumiputera dengan pendapatan antara RM300,000 hingga RM1 juta dan berdaftar dalam Malaysia selama paling kurang dua tahun dan memenuhi kriteria kelayakan -> https://catalyst.ekuinas.com.my/eligibility

 

Program ILTIZAM Catalyst tidak terbuka untuk perniagaan yang berkaitan dengan:

 

- Start-ups/ syarikat permulaan

- Arak

- Aktiviti haram/ tidak beretika

 

3. JENIS ISU PERNIAGAAN YANG BOLEH DIBANTU OLEH TIZAM CATALYST

 

Perkembangan Jualan

 

- Kemahiran dan pemahaman yang terhad dalam penjenamaan & pemasaran digital.

- Kesukaran untuk mendapatkan dana yang mencukupi, biasanya disebabkan oleh dokumentasi yang tidak lengkap

 

Kemahiran Strategik

 

- Kekurangan panduan/ bimbingan/ kemahiran kepimpinan.

- Pengurusan/ isu pengekalan tenaga kerja.

 

Kecekapan/ keberkesanan Kos

 

- Sistem automasi yang terhad- terlampau bergantung kepada proses dan tenaga kerja manual.

- Kekurangan kemahiran dalam pengurusan kewangan.

 

4. APAKAH BANTUAN YANG DITERIMA DALAM PROGRAM ILTIZAM CATALYST?

 

Anda akan menerima bantuan teknikal dalam aspek Kewangan & Pematuhan, Penjenamaan & Pemasaran Digital, Adaptasi Teknologi & Digital dan Kepimpinan dalam bentuk ilmu pengetahuan, alatan dan sokongan teknikal bernilai sehingga RM25,000*.

 

*Bantuan bukan dalam bentuk wang tunai.

 

Bantuan khusus untuk setiap kategori adalah seperti berikut:

 

Teras 1: Kewangan dan Pematuhan

 

Kewangan

 

- Penyediaan atau semakan penyata kewangan (P&L, BS, CF).

- Analisa & tafsiran kewangan menggunakan nisbah kewangan utama.

- Semakan pelan perniagaan, pelan strategik & model perniagaan.

- Nasihat tentang keperluan pelaburan jangka pendek dan jangka panjang, serta pembiayaan perniagaan.

 

Pematuhan

 

- Memberi sokongan untuk dalam menubuhkan syarikat Sdn Bhd termasuk keperluan yang berkaitan dengan cukai.

- Penasihat perjanjian Perkongsian atau Pemegang Saham.

- Menyemak dokumentasi yang penting, keperluan untuk operasi perniagaan yang berkesan, serta perlesenan dan sijil.

 

Teras 2: Penjenamaan dan Pemasaran Digital

 

Penjenamaan

 

- Menjalankan Audit Jenama.

- Menghasilkan persona jenama dan mengenal pasti kumpulan sasaran.

- Mewujudkan atau menyemak strategi dan garis panduan jenama.

 

Pemasaran Digital

 

- Menyediakan Templat Reka Bentuk Pemasaran Digital.

- Menyediakan Templat untuk Kalendar Kandungan.

- Merancang atau menyemak strategi Pemasaran Digital.

 

Teras 3: Adaptasi Teknologi & Digital

 

Automasi

 

- Analisis keperluan semasa dan mencadangkan sistem terbaik untuk automasi.

- Menubuhkan sistem Kewangan.

- Menubuhkan sistem Sumber Manusia.

- Menubuhkan sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM).

- Menyediakan latihan untuk mengoptimumkan sistem, serta penyelenggaraan dan kenaikan taraf sistem pada masa hadapan.

 

Teras 4: Kepimpinan

 

Perancangan Strategik & Mentaliti Perniagaan

- Sokongan untuk strategi & transformasi perniagaan yang berasaskan kebolehan untuk beradaptasi.

 

Penasihat Rakan Usahawan

- Platform rangkaian untuk berinteraksi dengan penasihat rakan usahawan.

 

Kepimpinan Berkesan

- Keterlibatan dengan peneraju industri dan pemilik perniagaan yang berjaya.

 

 

5. APAKAH SYARAT UNTUK KELAYAKAN

- Perniagaan anda telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

- Perniagaan anda mempunyai sekurang-kurangnya 51% pemegang saham Bumiputera.

- Mempunyai pendapatan tahunan antara RM300,000 hingga RM1 juta dalam dua (2) tahun kewangan atau lebih.

- Perniagaan anda mempunyai sekurang-kurangnya lima (5) orang pekerja sepenuh masa.

- Memaparkan kelayakan dan keperluan untuk program ini.

- Berkomited penuh untuk menyertai program ILTIZAM Catalyst.

 

Anda boleh semak Kriteria Kelayakan dengan menekan link ini

> https://catalyst.ekuinas.com.my/eligibility

 

6. DOKUMEN APAKAH YANG PERLU DISEDIAKAN SEBELUM MEMOHON?

 

- Sijil Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

- Kad Pengenalan (KP) pemilik.

- Maklumat pemegang saham.

- Akaun kewangan atau penyata kewangan (aliran wang tunai) selama dua tahun yang lepas (atau lebih).

- Penyata caruman KWSP majikan atau rekod slip gaji.

- Profil syarikat (rumusan jenis perniagaan anda dalam apa-apa bentuk seperti video / akaun instagram / eDagang / laman web dan lain-lain).

 

Anda juga perlu memilih 3 wakil daripada syarikat anda untuk menghadiri program ini (pemilik & kakitangan pengurusan yang utama).

 

Jika dokumen/ video anda tidak lengkap, peringatan akan dihantar kepada anda untuk melengkapkan penghantaran dokumen dalam masa 7 hari bekerja.

 

7. BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON

 

- Anda boleh memohon dengan menekan link ini >https://catalyst.ekuinas.com.my/register 

- Isi borang & muatnaik salinan digital dokumen/ video yang diperlukan untuk permohonan.

- Anda akan menerima pengesahan permohonan lengkap pada penghujung proses pendaftaran.

 

8. BILAKAH TARIKH TERAKHIR UNTUK MENDAFTAR?

 

- Permohonan dibuka pada 5 September 2022 dan akan ditutup pada 18 September 2022.

 

9. APA YANG MEMBEZAKAN PROGRAM ILTIZAM DENGAN PROGRAM YANG LAIN?

 

Potensi Perkembangan

- Kejayaan anda dalam Program ILTIZAM Catalyst akan membuka peluang untuk anda dalam program keusahawanan ILTIZAM yang lain, dan meningkatkan peluang anda untuk menjadi syarikat portfolio EKUINAS.

 

Penambahbaikan Kecekapan

- Anda dapat mengakses teknologi terbaharu lengkap dengan alat kawalan yang terbaik.

 

Rangkaian Industri & Bimbingan

- Anda mendapat akses kepada rangkaian Alumni ILTIZAM Advance sedia ada dan syarikat portfolio EKUINAS.

 

Kepimpinan & Budaya

- Tingkatkan kemahiran kepimpinan, budaya dan keterlihatan jenama anda dan luaskan jangkauan anda ke pasaran baharu.

 

Membuka Peluang Pembiayaan

- Manfaatkan pilihan pembiayaan yang pelbagai serta tingkatkan potensi perniagaan anda untuk menjadi sebahagian daripada syarikat portfolio EKUINAS.

 

10. SYARIKAT APAKAH YANG TELAH MENYERTAI PROGRAM INI?

 

- Terdapat pelbagai syarikat yang telah berjaya menyertai Program Keusahawanan ILTIZAM seperti KinderKaizen, Eatalian Express, Raw Denim House, Hutan Ration dan banyak lagi!

Berminat untuk memohon? Nak tahu lebih tentang apa Program ILTIZAM Catalyst ni? Tekan sahaja butang di bawah. Cepat sebab permohonan akan tutup pada 18 September 2022!

Akmal

Share -