[Case Study] Apa pekerja lapangan anda buat sekarang?

29-08-2023 11:01 AM Comment(s) By Zirah

Abdel Cuci Sdn Bhd

Pakar Cucian

Ringkasan Kes Perniagaan 

Abdel ialah sebuah syarikat pakar dalam perkhidmatan penyelenggaraan, pembersihan, dan penjagaan bagi kain, tilam, dan permaidani untuk premis perniagaan dan kediaman. Sebelum menggunakan Zoho, mereka menghadapi cabaran di bahagian operasi, dimana mereka menguruskan rutin harian kerja mereka secara manual. Hanya bergantung kepada Google Calendar untuk mengawasi jadual ejen mereka.

Latar Belakang Syarikat

Abdel ialah sebuah syarikat tempatan yang mahir dalam dua bidang utama di dalam industri pembersihan profesional. Bidang pertama adalah penyelenggaraan dan pembersihan yang lebih teliti bagi kain, tilam, dan permaidani. Bidang kedua pula ialah kawalan makhluk perosak. Mereka telah diiktiraf oleh pelbagai organisasi baik tempatan mahupun antarabangsa atas kualiti perkhidmatan yang disediakan oleh mereka.

Penubuhan Abdel bermula pada tahun 2019 bagi memenuhi permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan pembersihan kain dan pest control yang profesional tanpa mengabaikan penggunaan bahan kimia dan peralatan yang selamat serta mesra alam. Penyelesaian pembersihan mereka merangkumi permaidani, tilam, sofa, dan tempat duduk kereta. Misi mereka adalah untuk mencipta persekitaran yang bersih dan baik untuk pelanggan mereka. 

Cabaran Yang Dihadapi

Sebelum Zoho diperkenalkan, mereka menguruskan kerja harian secara manual dengan hanya menggunakan Google Calendar untuk mengetahui jadual harian ejen mereka. Ejen-ejen tersebut juga terpaksa menyemak semula jadual atau mengambil tahu tugasan harian mereka melalui aplikasi WhatsApp sahaja. Keadaan sebegini agak mencabar bagi mereka untuk menyemak aktiviti dan jadual ejen-ejen dengan efisyen. 


Invois yang dikeluarkan kepada para pelanggan juga tidak dapat dikaitkan dengan jadual perkhidmatan, menjadikan ianya sukar untuk pengurus operasi mereka untuk mengenalpasti status pembayaran. Selain itu, mereka juga tidak mempunyai sistem maklumbalas yang baik yang mengaitkan satu-satu sesi perkhidmatan kepada maklumbalas terhadap perkhidmatan yang telah diterima dalam sesi tersebut.

Cara Penyelesaian

Aplikasi telah mengusulkan agar Abdel menggunakan sistem Zoho FSM dan Zoho Books untuk menguruskan sistem tempahan, jadual temujanji, invois, serta menguruskan maklum balas dari pelanggan. Penyelesaian di mana automasi dan integrasi dengan saluran komunikasi seperti e-mel dan SMS dapat membantu proses mereka menjadi lebih singkat, lebih teratur, dan akhirnya meningkatkan kepuasan pelanggan dan rekod yang lebih baik. 

Semua perkara seperti peringatan, pemberitahuan, dan maklum balas boleh diintegrasikan dan diautomatikkan untuk mereka di dalam Zoho FSM, di mana mereka dapat mengetahui lokasi ejen mereka. Kami juga mencadangkan untuk memperkenalkan perisian perakaunan yang berintegrasi dengan CRM untuk memberikan kelancaran dan kecekapan dalam menjana sebut harga dan invois agar kerja-kerja perakaunan mereka lebih sistematik dan teratur.

Pelaksanaan Dan Hasil

Kami mengintegrasikan Zoho FSM dengan Zoho Books supaya semua invois yang dibuat dari Zoho FSM juga dijana dalam Zoho Books demi memastikan maklumat jualan adalah tepat dan terperinci yang direkodkan dalam sistem perakaunan mereka. Fokus kami adalah memberi latihan dan memperkenalkan mereka kepada aplikasi mudah alih kerana ejen mereka akan menggunakan Zoho FSM. Selain itu, kami juga menyediakan sokongan dan memberikan tunjuk ajar yang berterusan selama sebulan pertama bagi memastikan semua pembelajaran dapat diatasi dengan lebih mudah, termasuk komunikasi berterusan, pemantauan aktif penggunaan, cadangan dan tips yang berguna.

Hasilnya, semua sistem lama yang tidak cekap dan berasingan yang banyak memakan usaha dan masa mereka dalam kerja harian boleh ditinggalkan dengan adanya Zoho FSM dan Zoho Books. Ini bermakna dengan menggunakan Zoho FSM, kebanyakan tugas mereka lebih cepat, terpusat dan yang paling penting, lebih cekap. Dengan aplikasi semasa, semua permintaan dan pesanan kerja boleh dipantau hanya di satu tempat dan penghantaran temujanji juga boleh dikendalikan melalui Zoho FSM. Hal ini dapat dilihat dimana pengurusan ejen akan menjadi lebih efektif dan tepat.

Di samping itu, Zoho FSM dan Zoho Books membolehkan maklumat jualan direkodkan dengan tepat, efisien, dan semua data direkodkan boleh dilihat secara masa nyata (live). Selain itu, modul maklum balas di dalam Zoho FSM membolehkan ejen mengumpul maklum balas secara langsung apabila selesai kerja mereka. Ini dapat meningkatkan jumlah maklum balas di mana secara langsung dapat membina kepercayaan pelanggan-pelanggan seterusnya. Semua maklum balas ini akan digunakan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka dan akhirnya menyumbang kepada kepuasan pelanggan serta meningkatkan hasil jualan syarikat.

What apps have been deployed

  • Zoho FSM

  • Zoho Books

What our client says about our service?

Alhamdulillah, semua berjalan lancar, aplikasi ini sangat membantu dan menjimat kan masa dan lebih berkesan. Akan terus menggunakan aplikasi ini.


- Abdel Cuci Sdn Bhd

Zirah

Branding and Marketing Associate Aplikasi

Share -