[Case Study] Tranformasi Klinik Dari Zero to Zoho!

26 Sep 2023 09:22 AM - By Azlan

[Case Study] Tranformasi Klinik Dari Zero to Zoho!

Integrasi Zoho CRM, Zoho Books & Zoho Flow untuk SMA Dental Sdn Bhd

Quick Read

Problem Statement

SMA Dental menggunakan pelbagai sistem yang terasing antara satu sama lain, di mana rekod transaksi dieksport dan dimasukkan secara manual dari sistem pendaftaran pelanggan ke dalam sistem perakaunan — menyebabkan risiko ketidaktepatan data.

Proposed Solution

Aplikasi mencadangkan sistem-sistem yang digunakan dihubungkan antara satu sama lain agar pembawaan data pelanggan dan kewangan berlaku secara masa nyata dan automatik.

Implementation & Results

Zoho CRM dan Zoho Books diintegrasikan dengan sistem klinik Doctor Assist melalui Zoho Flow sebagai pengantara — menghapuskan penglibatan manual dalam pemindahan data.

Full Case Study

Ringkasan Kes Perniagaan

Sistem Pengurusan SMA Dental menggunakan pelbagai sistem yang terasing antara satu dengan yang lain, di mana rekod transaksi dieksport dan dimasukkan secara manual dari sistem pendaftaran pelanggan ke dalam sistem perakaunan. Hal ini menyebabkan proses pertukaran data tidak cekap dan meningkatkan risiko ketidaktepatan kerana wujudnya campur tangan manusia. Selain itu, data di dalam sistem juga tidak ditadbir dengan baik di mana hal ini menyulitkan penjanaan laporan dan pemantauan aktiviti klinik secara menyeluruh.

Oleh itu, kami mencadangkan sistem-sistem yang digunakan terhubung antara satu sama lain agar pembawaan data lebih cekap dan telus. Kami juga mencadangkan satu sistem yang mampu menganalisis data yang diperolehi seterusnya membolehkan mereka melihat maklumat-maklumat yang berguna untuk membantu mereka merangka strategi perniagaan.

What apps have been deployed
Zoho CRMZoho BooksZoho Flow

Latar Belakang Syarikat

SMA Dental Sdn Bhd adalah salah satu klinik pergigian di Melaka yang sudah beroperasi selama 4 tahun (sejak 2019). Mereka ingin mewujudkan sebuah komuniti di mana pengetahuan tentang kesihatan oral (gigi dan mulut) dapat diperolehi dengan mudah. Mereka menawarkan rawatan yang menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan oral dan mental bagi pesakit-pesakit mereka terjaga, dan menyelaraskan rawatan dengan bajet pelanggan secara telus.

SMA Dental Sdn Bhd ditubuhkan oleh Dr. Yazid yang merupakan seorang doktor pakar khusus dalam pemulihan estetik anterior. Tujuan utama mereka adalah untuk mengintegrasikan perkhidmatan mereka sebagai satu gaya hidup — mahu pelanggan mendapatkan rawatan pencegahan dan bukannya rawatan reaktif dan simptomatik, supaya pelanggan boleh merasa tenang dan menjimatkan wang dengan mengelakkan rawatan yang tidak berkesan.

Cabaran Yang Dihadapi

Antara masalah terbesar yang dihadapi ialah mereka menggunakan pelbagai sistem yang tidak berhubung antara satu dengan yang lain, di mana rekod transaksi dieksport dan dimasukkan secara manual dari sistem pendaftaran pelanggan ke dalam sistem perakaunan. Langkah-langkah manual ini bukan sahaja memakan masa, malah meningkatkan risiko kesilapan daripada pekerja itu sendiri, menyebabkan proses pengumpulan dan pemprosesan data menjadi lebih lama.

Bukan itu sahaja, data yang diperolehi tidak sentiasa dikemaskini secara masa nyata, menyukarkan pemantauan data semasa. Langkah-langkah manual dalam proses pengurusan data juga bergantung kepada seorang pekerja tertentu sahaja — risiko besar jika terdapat situasi tidak diingini yang mempengaruhi pekerja tersebut, ia boleh merosakkan operasi harian.

Cara Penyelesaian

Bagi menangani masalah tersebut, kami telah mencadangkan agar sistem-sistem yang digunakan dihubungkan antara satu sama lain. Data pembelian dan pelanggan perlu dipindahkan ke sistem Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) dan juga sistem kewangan mereka secara masa nyata dan automatik. Penyambungan ini juga harus menghapuskan sama sekali, atau sekurang-kurangnya meminimakan penglibatan tangan-tangan pekerja dalam proses pemindahan data dari satu sistem ke satu sistem yang lain.

Tambahan lagi, kami telah mencadangkan agar satu alat analisis yang mapan dan mampan digunapakai untuk menukarkan data yang diperoleh ke maklumat yang bermakna. Alat ini harus mempunyai kebolehan untuk memberi visual yang lengkap dan mudah untuk dibaca, serta berkebolehan untuk diubah dan ditambah baik dari masa ke masa.

Pelaksanaan Dan Hasil

Isu yang paling penting untuk diselesaikan adalah ketidakhubungan antara sistem. Untuk mengatasi masalah ini, kami telah mencadangkan supaya Zoho CRM dan Zoho Books diintegrasikan dengan sistem klinik yang bernama Doctor Assist agar keberkesanan pengurusan data jualan dan pelanggan dapat diwujudkan. Oleh kerana Doctor Assist tidak mempunyai ciri perakaunan yang lengkap, kami mencadangkan agar Zoho Flow digunakan sebagai pengantara bagi menghubungkan Doctor Assist ke Zoho CRM dan Zoho Books.

Ini membolehkan proses pemindahan data berjalan dengan lebih efisien dan tepat. Dengan adanya penyelesaian ini, tidak perlu lagi penglibatan mana-mana pekerja dalam proses pemindahan data, seterusnya mengurangkan risiko ketidaktepatan data. Masa yang terluang dapat digunakan untuk kerja-kerja lain yang lebih memerlukan perhatian.

 

Diagram integrasi Zoho CRM, Zoho Books dan Doctor Assist

 

Untuk meningkatkan pengurusan jualan, mereka juga perlu mendapatkan data seperti demografi pelanggan, trend pembelian, sasaran penjualan, data penjualan produk, penjualan berdasarkan doktor, dan lain-lain. Dengan adanya Zoho CRM dan Zoho Books, mereka boleh mendapatkan maklumat yang lebih menyeluruh tentang perniagaan mereka.

Dengan ini, mereka dapat membuat keputusan yang lebih tepat dan berpandukan data yang relevan, dan boleh menumpukan perhatian kepada perkara yang lebih produktif dalam perniagaan. Data yang diperolehi juga sangat berharga untuk merancang usaha pemasaran dan menjalankan strategi pemasaran yang lebih fokus dan khusus.

 

Diagram aliran data jualan dan pemasaran SMA Dental

 

What our client says about our service?

Syarikat saya kini menggunakan Zoho CRM dan Zoho Books untuk tugas harian kami. Saya sangat gembira dengan bagaimana ia telah membantu kakitangan saya dan saya sendiri menjalankan kerja kami dengan lebih efisien pada masa kini. Terima kasih Aplikasi atas sokongan anda!

— SMA Dental Sdn Bhd

Ready to turn your business challenges into success stories? Let’s explore how Aplikasi can simplify and streamline your operations—just like we’ve done for businesses across various industries.

Azlan